Memang wanita/perempuan itu lemah. Dan kita sebagai lelaki ni memang sepatutnya menjaga dan membimbing mereka. Sebab itulah wanita/perempuan ini dijadikan dari rusuk lelaki. Yea dak?
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
Sepintas lalu kita tengok sikit apa yang tertulis dibawah ni,
Kasihan perempuan...
Satu
Lantang -- nampak salah.
Mesra -- dia sundal.
Pasif -- suami gatal.
Dua
Tak kahwin -- pasti digelak.
Berzuriat -- xcukup sempurna.
Tak berisi -- lagi dikata.
Tiga
Tanpa tutup -- lagilah heboh.
Setia -- dimadu sana sini.
Curang -- dicanang keji.
Empat
Terlalu berjaga -- dimarah2kan.
Sering nangis -- rimas selalu.
Mata kering -- dipanggil batu.
Lima
Bila pahala-- lelaki diagungkan.
Buat betul-- pelbagai dipersoal.
Buat silap-- sekampung berbual..
Regards!,
©NINIEY KHANSetuju tak dengan aku, memang itu yang sering berlaku sekarang ini kan? Memang tiada yang perfect, tetapi kenapa kita tidak lebih kepada membimbing dengan memberi ayat-ayat positif?
Ambil contoh bab kahwin. Bila kawin muda, heboh sekampung kata "budak ni mesti kantoi ni...??" Eh, dah bila kahwin lewat, "Si Temah tu memilih sangat, tu sampai dah umur 30-an baru nak kahwin".
Ya, Allah, apa masalah orang kita ni yea. Cuba la kita bagi semangat sesama orang kita. Kalau bukan kita yang nak buat macamtu, siapa lagi? Nak suruh orang Nepal? Pakistan? datang pujuk anak gadis kita tu?
Lepasni, apa kata kalau ada kawan kita kahwin muda, "Bagusla kamu.Muda-muda lagi dah mendirikan masjid. Moga panjang umur dan murah rezeki yea..."
Okay tak? Okay la tu kan... =)
kawin muda la syiok..biar je ape orang nak kata..tapi masalahnya kekadang tu mak bapak sendiri jugak ada yang tak berapa nak positif..bila bagitau nak kawin, katanya udah menggatal pulak..hahaha..
ha betul jugak tu =D tp eloknye kita ni tayah nk sentap sgt, buat rilek je, nti kolo tak kita yg merana pasal layan kan sgt kata2 negatif org.. bile la aku nk kawen ek..huhu
lain orang...
lain ragam...
kawen tua ke muda..
janji bahagia..
ehehehe
Setuju. org sekarang ni tk pernah puas. nak mendengki je keja. semua benda salah. kahwin awal dikata , lambat dikeji, tk kahwin di hina. apa masalah pun x tau lah. perempuan selalu jadi mangsa. salah satunya, saya. terlalu setia sampaikan , huhu. tp mungkin ada jugak silap kat mana2, cuma org skrg kena ubah persepsi dan mentaliti. seriusly