Petua Islam Kecantikan Diri

Cantik, memang sedap didengar. Ramai yang mencari petua-petua untuk menjadi cantik. Ada yang sanggup menghabiskan jutaan ringgit demi membeli produk kecantikan. Entah dicampur bahan pengawet apa entah, kalau tak 'kena' dengan kulit sendiri, Nah! rosak la masa depan.

Kepada yang tidak mempunyai jutaan ringgit pun mampu menjadi cantik. Disini aku nak kongsi beberapa petua Islam untuk mencantikkan diri sendiri, untuk lelaki dan juga perempuan. 

Petua Islam Untuk Kecantikan Diri :

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stres, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)


4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan disayangi.

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

2 Responses to Petua Islam Kecantikan Diri

  1. Iza says:

    Assalam..
    Bagus betul petua ni..
    thanks..

Leave a Reply