Kenapa perlu bayar lebih $ $ $ untuk membeli komputer (PC)? Sedangkan kita boleh 'custom' sendiri PC tu dan semestinya dengan custom sendiri PC tu harga lebih murah dan puas hati. Kalau tak percaya, nanti kita bincang. =)
Custom sendiri?
Yes, maksud aku. Beli 'satu - satu' barang tu. Processor, mobo, graphic card, hard disk, cd/dvd writer, casing dll. Aku rasa, beli macamni lebih terbaik dan lebih jimat kos untuk membeli sebuah PC.
Susah? Eh, mana ada susah. Korang luangkan masa sikit,google. First, pilih Processor apa korang nak, Intel/AMD/...?? Lepas tu, 'google' la, mobo jenis apa sesuai untuk processor tersebut. Ada banyak forum yang membincangkan hal ni. Sekarang ada google, mana ada susah lagi. Everything korang google je.
Honestly, beli part-by-part ni lebih murah dan PC tu lebih berkualiti. Kalau tak faham juga, minta tolong la brother kat kedai PC tu. Cakap, "Abang, saya nak beli PC. Tapi xnak yang set ni.. Nak 'custom'. Boleh suggest tak?". Hah, kan setel???
Ini list yang aku dah buat untuk PC aku sendiri. Budget PC dan POWER! power ke???
Processor
CORE i3 2120 3.30GHZ 5GT 3MB 65W - RM435
Mother board
GIGA H67M-D2-B3 INTEL H67 PCIE DDR3 - RM265
SAPPHIRE ATI 6670 HDMI 1GB DDR5 - RM315
Graphic Card
WD 5000AAKX 500GB 16MB 7200RPM SATA - RM255
Internal Hard disk
Internal DVD WriterSAMSUNG 24X SATA - RM63
Power SupplyCOOLERMASTER 500W - RM169
CasingElite 370 - Cooler Master - RM 139
LCD MonitorSASMUNG S23A350H LED 23" - RM580
DONE! Mouse and Keyboard nanti la tengok sendiri kat kedai. Keyboard ni tak kisah sangat, pakai yang RM10 pun okay. Mouse je yang perlukan kualiti sikit. So, aku tolak tepi dulu.
So, how? Okay tak PC Budget aku ni? Ini price list dari Navotech untuk Januari. Sekarang ni April, so aku rasa maybe harga turun sikit +-RM10/satu. Maybe la..
Harap dengan adanya PC ni, aku makin semangat untuk mencapai cita-cita sebagai graphic designer 1 hari nanti. =)
So, PC korang? Jom bincang dibawah. =)
aku rasa klu beli yg navotech punya brand pun ok jugak...eh...bukan brand dia...yg dia buat tu...aku lupa brand apa...murah...pastu upgrade kan sendiri...processor skrg dah power dah...upgrade bg graphic card...ddr3 4G pun dah cukup...bukannya nak buat movie cam kru...ekeke
pendapat aku je ni...aku pun bukannya tahu sgt pun...hehe
@Mario
tula masalahnya, sebab nak buat movie mengalahkan kru la ni. Tihihi.. =)
ram x beli ker?or dah ada..
kalau aku,aku up skit hdisk jadi 1 tera..ram 4 gig pun ok..kalau kaya skit letak jer 8 gig..
ddr3 4 gig baru 70++ kalau x silap..beli 2..;)
p/s:aku pun nak custom sendiri..tp laptop la..hehe
@black_mel
ram corsair 4gb = 65.
hard disk dah up jd 1tb 64mb. 310.
=)
wah!!
pandai mengira budget..
gue xpandai sangat mengurus budget pc ni..
ehehee
nnt bolehla pinjam tuan paragass punya pc yang canggih manggih ni ^^