Kenapa hari ini Melayu menolak Umno

Hari ini, mengapa ada orang Melayu tidak lagi mengundi Umno? Kerana mereka menyaksikan Umno terlalu membawa kepada pembolotan dan kerakusan dalam membolot kekayaan hanya kepada elit tertentu, bukan semua orang Umno kaya, tetapi elit Umno Putra itu kaya. Ini sangat malang.

Kenapa hari ini Melayu menolak Umno?

Kerana Melayu, dari sudut jurang perbezaan, Melayulah yang menyaksikan dan mengalami jurang kaya dan miskin paling ketara dan paling corot. Siapa yang disalahkan? Tak mungkin Pas kerana Pas bukan pemerintahnya lagi. Kedua, saya dapati anak muda sekarang, rata-ratanya Melayu, sangat mahu untuk hidup mereka kembali diberikan maruah.
Tidak boleh dengan hanya beri Klinik 1Malaysia. Tak boleh hanya dengan Menu 1Malaysia. Tidak boleh hanya diberikan Kedai 1Malaysia. Untuk apa? Untuk Melayu kekal dalam kepompong, kelas kedua atau kelas ketiga itu? Apakah itu cara kita mengangkat martabat orang Melayu? Kekal dengan segala sifatnya? 1Malaysia itu yang jelasnya kami sudah buktikan Kedai 1Malaysia mempunyai barang tidak standard. Jawab! Lalu dengan itu, hari ini Melayu mahu bukan hanya boleh dilindungi, tetapi diberi pemerkasaan yang dapat mengeluarkan mereka daripada disponsable income. 80 peratus Bumiputera yang isi rumahnya mempunyai pendapatan kurang RM1,000. Apa berlaku dalam urus tadbir Umno dan Barisan Nasional?

Aku rasa ada betulnya isu yang dibangkitkan dalam Wacana Sinar Harian "Mengapa Undi Melayu Pecah". Dimana betulnya? Renung-renungkan...


This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a Reply