[PERHATIAN] Kes Penculikan Kanak-kanak di Carefour JB

Pesanan ringkas & bermakna dari Tiara Jacquelina. Mengenai kes penculikan kanak-kanak di Carefour JB. Waktu aku update ni, selepas 12jam Tiara Jacquelina update dalam facebook beliau. :-

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk m......embelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.

Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!

Ya Allah! Apa la dosa kanak-kanak kecil ni. Sanggup makhluk-makhluk celaka bertopengkan manusia ni buat begitu pada mereka. 

Jagalah anak-anak kecil kamu dengan baik. Supaya dapat membesar sihat dan baik seperti Paragass ^^. Amin!

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a Reply